MUFC terima dos kedua vaksin COVID-19

 In Uncategorized

Para pemain, pegawai serta staf pasukan Melaka United FC telahpun menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Jasin.

Dengan selesainya dos kali ini maka lengkaplah proses vaksinasi buat pasukan Melaka United FC selepas beberapa pemain lain terlebih dahulu melengkapkan dos mereka.

Semoga dengan vaksin lengkap yang telah diterima, Skuad Hang Tuah lebih yakin untuk meneruskan latihan pasukan bagi menghadapi sambungan Liga Malaysia 2021 bermula dengan saingan Liga Super Malaysia musim ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak MFL, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Hospital Jasin kerana telah mempermudahkan segala urusan vaksinasi COVID-19 pasukan Melaka United FC.

#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteForMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search