MUSA Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pengadil Muda

 In MUSA, News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) terus memainkan peranannya dalam mengembangkan ilmu pengadilan dalam sukan bolasepak dalam usaha melahirkan lebih ramai pengadil bolasepak profesional dalam kalangan belia di negeri ini.

Sehubungan itu pihak MUSA dengan kerjasama Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah bakal menganjurkan Kursus dan Peperiksaan Bertulis Pengadil Bolasepak Kelas 3 untuk para pelajar kolej berkenaan.

Kursus akan berlangsung 5 hari bermula dengan Pembelajaran Teori dan Amali pada 25 Februari, 4, 11 dan 18 Mac manakala Peperiksaan Bertulis pada 31 Mac depan bertempat di Wisma MUSA, Krubong.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil MUSA, Samsudin Hassan, Melaka antara negeri paling aktif mengadakan kursus-kursus Pengadil Bolasepak seperti Ujian Kecergasan dan Peperiksaan untuk pelbagai tahap.

“Kami berhasrat melahirkan lebih ramai pengadil di pelbagai peringkat terutama di kalangan belia negeri ini dan apabila mereka layak untuk mengadili sesebuah perlawanan, masalah kekurangan pengadil untuk mengadili perlawanan bolasepak di pelbagai peringkat kejohanan di dalam dan luar Melaka akan dapat diatasi.

“Pihak kami juga sedia memberikan kerjasama dan mengalu-alukan institusi pendidikan dan sekolah di seluruh Melaka untuk menganjurkan kursus awalan pengadil bolasepak sebagai salah satu daripada aktiviti kokurikulum untuk para pelajar mereka.

“Ini sedikit sebanyak dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar mereka dengan memiliki kelayakan sebagai pengadil bolasepak selepas tamat pengajian.

Setakat ini Melaka mempunyai dua pengadil bertaraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Zamzaidi Katimin dan Suhaizy Shukry,” katanya

Comments
  • Kishan
    Reply

    Kalau saya berminat me jadi pengadil.. Macam mana tuan?

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search