Pemain Terbaik (Man of the Match) Melaka United – LS15

 In Liga Super 2019

Pemain Terbaik (Man of the Match) Melaka United bagi perlawanan ke-15 Liga Super 2019 menentang Perak pada malam ini (Sabtu, 25 Mei) diberikan kepada Patrick Reichelt.

Beliau sekali lagi mempamerkan aksi terpuji dengan memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan pasukan.

Pada perlawanan itu, Reichelt dilihat tidak pernah mengalah, rajin serta sentiasa membuat larian-larian susulan bagi mencari gol.

2 gol penting yang disumbangkan meletakkan Reichelt sebagai antara penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super setakat ini dengan 8 gol keseluruhan bersama 2 pemain Johor Darul Ta’zim, Diogo dan Gonzalo Cabrera.

Tahniah Reichelt, anda telah membuktikan kehadiran anda ke Melaka United sangat berbaloi buat pasukan, teruskan kecemerlangan ini.

#MOTM
#LS15
#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search