Pengajaran dan Pengalaman Berguna Buat Melaka United – Elavarasan

 In MUSA, News, Piala Malaysia 2018, Press Release

Pengendali Melaka United, E. Elavarasan menyifatkan keputusan seri 3-3 yang dicatatkan pasukannya pada perlawanan kedua Piala Malaysia 2018 menentang PKNS FC di tempat sendiri Sabtu lalu (11 Ogos 2018) sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang berguna buat pasukan.

Beliau mengakui sikap terlalu yakin untuk menamatkan perlawanan itu dengan kemenangan menjadi antara faktor PKNS berjaya mengambil kesempatan atas kelekaan pemainnya untuk menyamakan kedudukan dengan tiga gol dalam tempoh singkat.

“Ini kali kedua berlaku pada kita (musim ini), ketika menentang Kuala Lumpur kita mengalami situasi yang sama, ketika itu kita mendahului 3-0 selepas itu 3-3, mungkin beberapa perkara kita kena perbaiki untuk pasukan kita supaya pemain akan lebih fokus bila kita sedang mendahului.

“Secara keseluruhannya saya rasa kita rugi tiga mata tapi kalau daripada segi persembahan saya rasa permainan kita semakin baik, dalam Piala Malaysia apapun boleh berlaku dan kita terima satu mata ini dan fokus untuk perlawanan seterusnya menentang PDRM Jumaat ini (17 Ogos 2018),” katanya.

Mengenai perlawanan menentang PDRM, Elavarasan enggan memandang mudah cabaran skuad The Cops bimbingan jurulatih Fauzi Pilus itu kerana yakin pasukan itu juga mampu memberikan cabaran biarpun Melaka United mempunyai kelebihan apabila kedua-dua perlawanan menentang PDRM berlangsung di Stadium Hang Jebat.

“Saya rasa keempat-empat pasukan ini kesemuanya di tahap yang baik tapi macam saya cakap tadi paling rugi untuk kita bila sudah hampir pasti 3 mata milik kita tapi terlepas, satu pengalaman yang berguna untuk kita,” tambahnya.

Pada perlawanan Sabtu lalu, Melaka United membuka jaringan seawal minit ke-8, menerusi Lee Chang Hoon yang berjaya menyudahkan lorongan Syahrul Azwari.

Gol kedua skuad Hang Tuah dijaringkan Ifedayo Olusegun yang menanduk masuk bola hantaran Chang Hoon pada minit ke-72 sebelum Chang Hoon menambah gol ketiga untuk Melaka dengan rembatan deras pada minit-78.

Serangan bertali arus PKNS kemudiannya berjaya menghasilkan tiga gol dalam tempoh lima minit menerusi Romel Morales pada minit ke-87, sepakan percuma Bruno de Matos pada minit ke-89 sebelum Rafael Ramazotti tertanduk masuk bola rembatan Morales sekaligus menyamakan kedudukan 3-3 untuk membawa pulang satu mata.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search