Penolong Jurulatih Melaka United, Mohd Nidzam Adzha Yusoff

 In MUSA, News, Press Release, Uncategorized

Mari mengenali Penolong Jurulatih Melaka United, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Jurulatih kelahiran Taiping, Perak berusia 50 tahun itu lebih dikenali atau sinonim bersama pasukan Kedah ketika bergelar pemain dan jurulatih.

Beliau memulakan karier seniornya sebagai pemain bersama Perak pada 1989 sebelum berhijrah ke Kedah pada 1993.

Selama 7 musim menabur bakti bersama Skuad Kenari, pelbagai kejayaan telah diraih antaranya berjaya membantu Kedah muncul juara berganda iaitu Piala Malaysia dan Juara Liga Divisyen 1 pada musim pertamanya.

Selain itu, Nidzam Adzha turut membantu Kedah menjuarai Piala FA pada musim 1996.
Pada 1999, beliau telah menyertai Kelantan selama semusim sebelum kembali ke Kedah dan mengakhiri kariernya sebagai pemain pada tahun 2000.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah mewakili Skuad Negara antara tahun 1991 hingga 1995 dan menyumbang 3 gol.

Karier beliau sebagai penolong jurulatih bermula dengan membimbing pasukan TNB Kelantan pada 2005 dan 2006, Kuala Muda Naza FC selama tiga musim dari 2007 hingga 2009 sebelum membimbing Perlis pada 2010.

Beliau kemudiannya menyertai Sime Darby FC pada musim berikutnya sebelum menyertai Kedah sebagai Jurulatih Skuad Piala Presiden dan Jurulatih Sementara pada 2012.

Pada 2013, beliau kemudiannya menyertai Felda United selama dua musim sebagai Penolong Jurulatih sebelum menyertai Kedah pada 2015 dan dilantik sebagai Ketua Jurulatih pada musim 2017 hingga musim lalu.

Sepanjang bersama pasukan Kedah, beliau berjaya membawa Skuad Kenari muncul Juara Piala FA pada 2017, Juara Piala Malaysia 2016 dan juara Liga Premier pada 2015.

Semoga dengan kehadiran Nidzam Adzha bakal membantu Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan merencana strategi lebih ampuh dalam membawa Melaka United sebagai antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan musim ini.

#DemiKebanggaanMelaka #MelakaUnited

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search