Perjumpaan MUFC dan Mamee Double-Decker

 In Press Release, Uncategorized

Selasa, 2 Februari 2021: Berlangsung perjumpaan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (Dr) Hj Sulaiman Md Ali yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka United FC Sdn Bhd bersama wakil Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd.

Pada pertemuan di Hotel Liu Men Melaka itu, beliau hadir bertemu Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Pang Tee Chew dan Ketua Pegawai Operasi Mamee Double Decker, Datuk TN Pang.

Pertemuan bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak apabila Mamee Double-Decker (M) kembali muncul sebagai penaja Melaka United musim ini.

Datuk Seri Utama (Dr) Hj Sulaiman turut menyampaikan jersi Melaka United FC 2021 yang tertera logo Mamee sebagai penaja MUFC musim ini.

Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search