Perjumpaan MUFC dan MHI

 In News, Press Release

Rabu, 3 Mac 2021: Berlangsung perjumpaan antara pihak Melaka United FC dan Melaka Hari Ini di Pejabat Urusan Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd di Rumah Media Melaka, MITC Ayer Keroh.

Perjumpaan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MHI, En Anuar Shaari.

Pelbagai perkara dibincangkan antaranya potensi kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam menyampaikan maklumat semasa mengenai pasukan Melaka United FC.

Peranan MHI sangat penting dalam membantu promosi Melaka United FC menerusi platform-platform sosial media MHI yang menjadi medium utama bagi akhbar rasmi Kerajaan Negeri Melaka ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MHI untuk bersama kami sebagai salah satu rakan media utama buat Melaka United FC.

Semoga kerjasama ini bakal memberi memberikan manfaat buat kedua-dua pihak pada masa hadapan dan semoga MHI terus maju sebagai salah satu agensi media utama negeri Melaka.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search