Persibu FC dan White Star FC rebut gelaran Juara Divisyen 2 Liga Melaka 2019

 In MUSA, News

Stadium Hang Tuah bakal menyaksikan pertembungan antara Persibu FC dan White Star FC bagi merebut gelaran Juara Divisyen 2 Liga Melaka 2019.

Persibu yang turun dari Divisyen 1 musim lepas hanya memerlukan semusim untuk kembali ke saingan bolasepak teratas Melaka musim depan selepas gah melayakkan diri ke perlawanan akhir apabila mengetepikan cabaran MMU FC dan UTeM FC di peringkat kalah mati.

White Star juga tidak boleh dipandang mudah apabila berjaya melakar kejutan menewaskan Arena FC sebelum menundukkan Jebat FC untuk mara ke perlawanan akhir.

Pastinya pertembungan kedua-dua pasukan bagi merebut gelaran Juara Divisyen 2 Liga Melaka musim ini menarik untuk disaksikan.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan perlawanan yang dijadualkan bermula pada pukul 8.45 malam. Masuk adalah percuma.

Perlawanan juga akan disiarkan secara ‘livestreaming’ menerusi pautan di bawah.

https://mycujoo.tv/video/melaka-fa?id=ck064kg1ecszd0g84buaheuee&src=CPT_EC.

#LigaMelaka2019
#Div2
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search