Piala FA 2018: MU Tidak Pandang Mudah Southern FC

 In FA Cup 2018, News, Press Release

Melaka United bakal berdepan pasukan bukan liga, Southern FC pada Pusingan Kedua saingan Piala FA 2018 yang dijadualkan pada 4 Mac depan.

Di atas kertas, MU dijangka mudah mengatasi pasukan amatur itu, namun Skuad Hang Tuah tetap perlu berhati-hati dan tidak terlalu memandang mudah terhadap keupayaan pasukan itu.

Ketua Jurulatih MU, Eduardo Almeida ketika ditanya tentang perlawanan itu berkata, biarpun ia nampak mudah tetapi beliau tidak akan memandang mudah perlawanan itu.

“Tiada yang mudah dalam bolasepak, kami perlu mengambil tanggungjawab yang sama dalam semua perlawanan tidak kira pasukan manapun yang akan kita hadapi.

“Walaubagaimanapun kami tetap menghormati dan tidak akan memandang mudah keupayaan Southern FC yang mungkin boleh membuat kejutan, fokus kami hanyalah untuk melepasi pusingan ini,” katanya ketika dihubungi Media Persatuan Bolasepak Melaka United.

Southern FC layak ke pusingan kedua selepas mengejutkan pasukan Liga FAM, Selangor United 2-1 dalam aksi Pusingan Pertama di Stadium Mini Kompleks Penjara Kajang, Selasa lalu (13 Februari).

Selain Southern FC, satu lagi pasukan bukan liga turut layak ke pusingan ke-2 Piala FA iaitu Axis-O2 yang menewaskan SRCC Kuala Kangsar 4-1.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search