PM1 2021: Melaka United FC 2-0 Negeri Sembilan FC

 In Match Report, News, Piala Malaysia

Melaka United FC memulakan saingan TM Piala Malaysia 2021 dengan cemerlang selepas berjaya mengutip tiga mata pertama menewaskan Negeri Sembilan FC 2-0 pada aksi pertama di tempat sendiri.

Melaka terlebih dahulu membuat percubaan seawal minit ke-8 menerusi Adriano yang melakukan rembatan dari luar kotak penalti namun tersasar.

Perlawanan kemudiannya dihentikan pada minit ke-12 atas faktor keselamatan berikutan hujan beserta kilat sebelum disambung semula kira-kira 15 minit kemudian.

Hujan dan keadaan padang basah seakan memberi tuah buat Skuad Hang Tuah apabila dilihat lebih menguasai perlawanan sebelum percubaan rembatan jarak jauh Adriano berjaya meletakkan Melaka United mendahului 1-0 pada minit ke-28.

NSFC kemudiannya menggandakan asakan memburu gol penyamaan sebelum gol Alain Akono dibatalkan kerana off-side pada minit ke-32.

Sony Norde turut berpeluang mencetak gol namun rembatan derasnya dari luar kotak penalti dapat dihadang Penjaga Gol NSFC, Damien Lim pada minit ke-36 sebelum percubaan Manuel Ott turut ditangkap kemas Damien pada minit ke-40.

Minit ke-61, sepakan percuma S Kumaahran yang tepat ke gawang turut diselamatkan Damien sebelum Kumaahran akhirnya berjaya menambah gol kedua Melaka pada minit ke-65.

Gol hasil gerakan pantas antara beliau, Manuel Ott dan Sony Norde sebelum melambungkan bola yang gagal dijangkau Damien Lim.

Kemenangan itu meletakkan Melaka United di tangga ke-2 Kumpulan C di belakang pendahulu, Kedah Darul Aman FC.

#MatchReport

#PM1

#TMPialaMalaysia2021 #100Tahun

#LigaMalaysia2021

#MelakaUnitedFC2021

#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search