PM3 2021: Melaka United FC 2-1 Kelantan United FC

 In Match Report, Piala Malaysia

Jumaat, 29 Oktober 2021: Melaka United mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kelantan United FC 2-1 pada aksi Kumpulan C TM Piala Malaysia 2021 di laman sendiri.

Melaka memperoleh banyak peluang sepanjang separuh masa pertama antaranya rembatan Adriano dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar pada minit ke-18, percubaan Manuel Ott pada minit ke-23 yang berjaya ditepis Penjaga Gol KUFC, Fikri Che Soh dan percubaan Wan Zaharulnizam yang terkena tiang pada minit ke-24.

Melaka United akhirnya memecah kebuntuan apabila Sony Norde merembat masuk bola hantaran lambung Khairul Anwar Shahrudin dari sebelah kiri yang gagal dikeluarkan pertahanan Kelantan United pada minit ke-25.

Kecuaian pertahanan Skuad Hang Tuah membawa padah apabila Kelantan United berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan Shuhei Fukai berpunca daripada sepakan percuma, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Melaka terus mengasak bagi memburu gol ke-2 sebelum akhirnya kembali di depan menerusi rembatan cantik Adriano dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran ‘cut-back’ S Kumaahran.

Skuad ‘The Green Deers’ bimbingan Nazrulerwan Makmor cuba menyamakan kedudukan namun Melaka United berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 hingga wisel penamat dan kemenangan itu sudah cukup buat Skuad Hang Tuah mengesahkan tempat ke Suku Akhir TM Piala Malaysia musim ini dengan baki dua lagi perlawanan peringkat kumpulan.

#MatchReport
#TMPialaMalaysia2021 #100Tahun
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search