PM6 2021: Melaka United FC 2-0 Kedah Darul Aman FC

 In Match Report, Piala Malaysia

Melaka United FC mara ke Suku Akhir TM Piala Malaysia 2021 selaku Juara Kumpulan C selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 2-0 pada aksi terakhir kumpulan di hadapan lebih 1,000 penonton di Stadium Hang Jebat.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan.

Melaka akhirnya memecah kebuntuan apabila Manuel Ott merembat masuk bola dari dalam kotak penalti berpunca daripada tandukan kurang kemas Rodney Celvin pada minit ke-24.

Kedah cuba menyamakan kedudukan dengan percubaan terbaik menerusi rembatan jarak jauh Renan Alves yang terbias yang nyaris memperdayakan Khairul Fahmi Che Mat, minit ke-31.

Kedah hampir mendapat gol menerusi sepakan percuma Syazwan Zainon yang melantun sebelum diselamatkan Giované yang menanduk keluar bola, minit ke-37.

Separuh masa kedua, Melaka dilihat lebih menguasai perlawanan namun Kedah memiliki beberapa peluang antaranya percubaan Baddrol Bakhtiar yang terkena palang dan ‘Bicycle Kick’ Kpah Sherman yang diselamatkan Khairul Fahmi pada minit ke-55 dan 56.

Melaka turut memiliki peluang antaranya rembatan Adriano dari dalam kotak penalti yang dihadang sebelum rembatan Sony Norde yang diselamatkan Ifwat Akmal pada minit ke-77 dan 78.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Skuad Hang Tuah berjaya menambah gol kedua apabila Giované Gomes menanduk masuk bola hantaran lambung Adriano dari sebelah kiri pada minit ke-89.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan untuk Melaka United mengakhiri saingan Kumpulan C selaku Juara Kumpulan dengan 16 mata keseluruhan.

#MatchReport #PM6
#TMPialaMalaysia2021 #100Tahun
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search