Previu Jadual Liga Futsal Kebangsaan 2018

 In Liga Futsal Kebangsaan 2018, MUSA, News, Press Release

Liga Futsal Kebangsaan (LFK) untuk musim kali ini sedikit berbeza apabila ia bakal dilangsungkan di satu-satunya venue iaitu di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam Selangor.

Skuad Futsal Melaka United yang juga juara LFK 2017 akan memulakan saingan musim ini menentang naib juara musim lalu, Felda United pada 24 Februari sebelum menentang MPSJ FC, sehari selepas itu.

Pada 12 dan 13 Mac pula Skuad Futsal MU dijadualkan menentang Kuantan Rangers dan MBPP FC sebelum dijadualkan menentang Terengganu FC dan Kuala Lumpur pada 31 Mac dan 1 April.

Seterusnya pada 9 dan 10 April, Skuad Futsal MU akan menentang Perak dan dan KL City FC sebelum aksi LFK 2018 akan berehat selama hampir tiga bulan untuk perlawanan pusingan pertama menentang Pahang pada 7 Julai.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Futsal MU bimbingan jurulatih Mohd I’sah Abd Rahim, semoga dapat mengekalkan kejuaraan LFK pada musim ini dan terus mengharumkan nama negeri Melaka dalam sukan futsal.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search