Previu Liga Super 2019: Melaka United Lawan Pahang #LS3

 In Liga Super 2019

Selepas cemerlang mencatatkan kemenangan pada dua aksi awal saingan unifi Liga Super 2019, Melaka United bakal cabaran lebih getir apabila bakal melayan kunjungan pendahulu liga, Pahang bagi aksi ke-3, Sabtu ini (16 Februari).

Pahang yang juga Juara Piala FA musim lalu dan menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-4 liga adalah antara pasukan yang dilihat mampu mencabar kejuaraan liga musim ini berikutan mempunyai barisan pemain yang mantap.

Musim ini, Skuad Tok Gajah kekal dibimbing jurulatih Dollah Salleh dibarisi empat pemain import baharu dan hanya mengekalkan satu import dari skuad musim lalu iaitu pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin.

Pemain import baharu yang memperkuatkan Pahang musim ini termasuk bekas import yang juga penyerang dari Nigeria yang digelar ‘orang besi’, Dickson Nwakaeme yang kembali ke pangkuan Skuad Tok Gajah, pertahanan dari Perancis, Hérold Goulon, pemain muda yang juga sayap kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani serta penyerang dari Brazil, Zé Eduardo.

Senarai pemain tempatan Skuad Tok Gajah dilihat lebih banyak mengekalkan pemain musim lalu dengan masih memiliki tonggak seperti Mohamadou Sumareh, Matthew Davies, Bunyamin Umar, Zubir Azmi serta penyerang Nurshahrul Idlan Talaha dan hanya membawa masuk pemain mudanya, Nik Sharif Haseefy Lazim yang beraksi di bahagian tengah.

Langkah Pahang dalam mengekalkan kebanyakan pemain musim lalu dilihat jauh berbeza berbanding Melaka United musim ini yang dibarisi muka baharu yang lebih berpengalaman dan mantap.

Dengan kedua-dua pasukan kini menang dalam dua perlawanan pertama liga, pertembungan antara Skuad Hang Tuah dan Skuad Tok Gajah pastinya menjanjikan saingan sengit selain bakal mempertemukan dua sahabat baik iaitu Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh sebagai pengendali kedua-dua pasukan yang bakal berentap di Stadium Hang Jebat.

Taktikal siapakah yang bakal memerangkap lawan masing-masing dengan barisan pemain handalan yang dimiliki kedua-dua pasukan pada perlawanan ini? Jangan terlepas menyaksikan perlawanan menarik ini.

Comments
  • Moha khairol bin jaya
    Reply

    Mudah mudahan kemenangan berpihak pada pasukan melaka united tercinta…dengan ada nye syafiq rahim, liridon dan barisan pemain yang laen inshaa allah kemenangan akn peroleh pada kite…yang penting kerjasama stiap pemain perlu ada mase 90minit.. Melaka melaka melaka goooo melaka… Kami semua penyokong setia melaka ada bersma sama memberi semangat dan sorakan kepada korang ok..

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search