Previu Liga Super 2019: Melaka United lawan PJ City FC

 In Liga Super 2019, News

Melaka United membuka tirai saingan Liga Malaysia 2019 bermula dengan aksi Unifi Liga Super 2019 menentang Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini (2 Februari).

PJ City FC yang dijenamakan semula menggantikan nama MIFA adalah antara pendatang baharu Liga Super musim ini selepas menamatkan saingan 100Plus Liga Premier musim lalu di tangga ke-3 liga menggantikan pasukan Naib Juara, Felcra FC yang menarik diri.

Kekal dibimbing jurulatih K Devan, PJ City FC turut mengekalkan dua import musim lalu iaitu pemain pertahanan dari Brazil, Elizeu dan pemain tengah dari Korea Selatan, Bae Beom-geun.

Musim ini juga, PJ City FC turut diperkuatkan dua import dari Brazil iaitu penyerang Pedro Henrique dan Giancarlo Rodrigues serta pertahanan yang juga pemain muda Filipina, Joshua Grommen bagi kuota ASEAN.

Kedua-dua pasukan agak lama tidak bertemu dalam pertandingan-pertandingan Liga Malaysia dengan kali terakhir ketika kedua-duanya beraksi dalam saingan Liga FAM pada 2015 yang menyaksikan Melaka United muncul juara ketika itu.

Harus diingat, PJ City FC (dahulunya MISC-MIFA) pernah melakukan kejutan ke atas Juara Unifi Liga Super 5 kali, Johor Darul Ta’zim selepas mencatatkan kemenangan 2-1 di tempat lawan dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia musim lalu.

Sejauh manakah kekuatan pendatang baharu Liga Super ini musim ini, adakah dengan barisan baharu Skuad Hang Tuah yang lebih mantap musim ini mampu menyekat PJ City FC daripada membawa pulang mata pertama dari bumi Hang Tuah ini, sama-sama kita nantikan.

Comments
  • Wani
    Reply

    Goodluk melaka hrp kali ni ramai la penyokong hadirr gegau hawau

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search