Previu Liga Super 2019: PKNS FC lawan Melaka United

 In Liga Super 2019

Melaka United bakal berdepan PKNS FC pada perlawanan kedua unifi Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, malam esok (Sabtu, 9 Februari).

Pertemuan menentang PKNS dijangka sengit berikutan ‘Skuad Semut Merah’ yang dibarisi ramai muka baharu memperkuatkan pasukan itu musim ini.

Musim 2019 menyaksikan PKNS FC membawa masuk sehingga 14 pemain baharu termasuk 4 import iaitu pertahanan kebangsaan Kyrgyzstan, Tamirlan Kozubaev serta tiga penyerang iaitu Kpah Sherman (Liberia), Chan Vathanaka (Kemboja) dan Gabriel Guerra (Argentina) selain mengekalkan import musim lalu iaitu pemain tengah dari Colombia, Romel Morales.

Pasukan ini juga memiliki beberapa pemain tempatan berkualiti seperti Shahrom Kalam, Akram Mahinan, Fandi Othman serta dua bekas tonggak Melaka iaitu Nicholas Swirad dan R Surendran.

Menamatkan saingan unifi Liga Super musim lalu di tangga ke-3 selain menyingkirkan Melaka United di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia musim lalu harus diberikan perhatian.

Perlawanan ini harus dijadikan medan terbaik untuk menebus kekalahan 1-2 Melaka United di tangan pasukan ini pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan musim lalu yang menyaksikan Skuad Hang Tuah tersingkir di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2018.

Dua pertembungan liga antara kedua-dua pasukan musim lalu menyaksikan PKNS menang 2-0 di Shah Alam dan terikat 1-1 di Stadium Hang Jebat.

Biarpun PKNS berjaya mengikat Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC 1-1 pada aksi pertama liga minggu lalu, tampil dengan pemain-pemain yang lebih mantap musim ini Melaka United mampu membuat kejutan menumbangkan pasukan bimbingan jurulatih K Rajagobal itu.

Mampukah Skuad Hang Tuah menebus kembali kekalahan di tangan Skuad Semut Merah pada musim lalu, sama-sama kita nantikan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search