Previu: Melaka United vs Kelantan

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Melaka United bakal memulakan saingan musim baharu 2018 dengan melayan kunjungan Kelantan dalam aksi Liga Super di laman sendiri pada Sabtu ini (3 Februari). Rekod pertembungan kedua-dua pasukan musim lalu menyaksikan Melaka United menang tiga daripada empat pertemuan dalam saingan Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Musim lalu menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut untuk kekal dalam Liga Super sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan MU mengakhiri saingan di tangga ke-8 liga sementara Kelantan di tangga ke-10 liga.

Musim 2018 menyaksikan kedua-dua pasukan yang dibimbing jurulatih luar negara melakukan rombakan pemain secara besar-besaran. Melaka United yang dibimbing jurulatih dari Portugal, Eduardo Almeida membawa masuk enam pemain baharu yang berpengalaman di Liga Malaysia dan pasukan kebangsaan selain empat import baharu.

Kelantan pula yang dibimbing jurulatih dari Thailand, Sathit Bensoh tampil berbeza dengan membawa masuk sejumlah besar pemain baharu bagi memperkuatkan cabaran mereka mengharungi saingan musim ini dengan membawa masuk sehingga 10 pemain tempatan dan empat import baharu.

Rekod aksi pramusim kedua-dua pasukan juga menyaksikan Skuad Hang Tuah mencatatkan dua kemenangan, dua seri dan enam kekalahan dalam 10 aksi persahabatan manakala Kelantan mencatatkan empat kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan dalam sembilan aksi persahabatan.

Walaubagaimanapun rekod baik dalam aksi persahabatan pramusim belum pasti menjanjikan keputusan yang baik dalam saingan sebenar. Sama-sama kita nantikan pertembungan antara Sang Kancil dan Si Kijang dalam aksi pembuka tirai Liga Super 2018 di Stadium Hang Jebat, Melaka. ##

Comments
  • Mali
    Reply

    Bianco verde ale!

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search