QF1 2021: Melaka United bawa bekalan 1 gol ke Hang Jebat

 In Match Report, Piala Malaysia

Melaka United FC berjaya membawa bekalan satu gol tempat lawan selepas menewaskan Sabah FC 1-0 dalam aksi sengit Suku Akhir pertama TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Separuh masa pertama dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Melaka menguji Sabah seawal minit ke-3 menerusi tandukan Jang Suk-Won yang sedikit tersasar sebelum rembatan Kumaahran menggegar tepi jaring Sabah pada minit ke-25.

Adriano nyaris meletakkan Melaka di depan namun sepakan percumanya yang tepat ditepis Penjaga Gol Sabah, Rozaimie Rohim pada minit ke-29 sebelum satu lagi sepakan percumanya hampir disambar Giované Gomes tetapi diselamatkan Rozaimie, minit ke-42.

Melaka terus menggandakan asakan memburu gol pada babak ke-2 antaranya gerakan solo Sony Norde yang nyaris menghasilkan gol namun diasak pertahanan Sabah.

Gol yang dicari akhirnya tiba menerusi jaringan Sony Norde apabila beliau memanfaatkan bola tolakan Manuel Ott sebelum melakukan rembatan biarpun sedikit terbias terkena pertahanan Sabah sebelum terus menerjah jaring pada minit ke-51.

Melaka hampir menambah gol kedua namun rembatan deras dari jarak jauh Adriano yang tepat ke sasaran ditepis Rozaimie pada monit ke-57.

Biarpun Skuad Tambadau cuba mencari gol penyamaan namun Melaka United berjaya mempertahankan kedudukan hingga tamat perlawanan untuk bekalan satu gol berharga menjelang perlawanan Suku Akhir kedua di Hang Jebat, Khamis ini.

#MatchReport
#QuarterFinal1
#TMPialaMalaysia2021 #100Tahun
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search