QF2 2021: Melaka United mara ke Separuh Akhir

 In Match Report, Piala Malaysia

Melaka United FC menyamai pencapaian 1983 bolasepak Melaka apabila mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 3-1 secara agregat dalam aksi Suku Akhir ke-2 di tempat sendiri.

Melaka bermula garang apabila mendahului 1-0 seawal minit ke-3 menerusi rembatan jarak jauh Adriano yang gagal diselamatkan Penjaga Gol Sabah, Rozaime Rohim.

Gol kedua Melaka dijaringkan Sony Norde yang melakukan gerakan solo selepas menerima bola lorongan Adriano sebelum merembat masuk pada minit ke-78.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Sabah mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Kapten Pasukan, Risto Mitrevski pada masa kecederaan untuk keputusan 2-1 sekaligus menceriakan lebih 6 ribu penyokong Skuad Hang Tuah di Stadium Hang Jebat.

Dengan kemenangan itu, Melaka United bakal menentang Kuala Lumpur City FC di Separuh Akhir.

#QuarterFinal2
#TMPialaMalaysia2021 #100Tahun
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search