QF2 2021: Pemain berjaya kekalkan momentum -Zainal

 In Piala Malaysia

“Alhamdulillah secara keseluruhan, momentum daripada separuh masa pertama hingga separuh masa kedua kekal, mereka (para pemain) telah menunjukkan momentum dan disiplin yang baik, cuma banyak peluang terlepas itu saya tak nafikan, itu perlu diperbaiki kerana ini pusingan kalah mati, gol amat penting.

Permainan dan disiplin mereka masih lagi di dalam momentum yang kita bentuk dan saya ucapkan tahniah kepada para pemain yang telah menunjukkan peningkatan yang baik dan kita akan berusaha memperbaiki terutamanya peluang-peluang yang dimiliki.

Sekarang semua pasukan berbeza daripada Liga Super, semua mempunyai strategi dan pelan dalam tempoh singkat untuk melayakkan diri ke Perlawanan Akhir, jadi boleh dikatakan Melaka United dan KL City melakukan peningkatan yang baik dalam Piala Malaysia kali ini dan berdepan dengan KL City adalah yang diidamkan.

Satu tangga lagi, saya harap pemain-pemain Melaka dapat mencipta sejarah yang tak pernah dimiliki di Melaka iaitu beraksi di Perlawanan Akhir, itu adalah impian kami, para pemain dan penyokong bolasepak Melaka”.

Zainal Abidin Hassan, Ketua Jurulatih Melaka United FC selepas perlawanan Suku Akhir ke-2 TM Piala Malaysia 2021 menentang Sabah FC.

#QuarterFinal2
#TMPialaMalaysia2021 #100Tahun
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search