Selamat Datang Buat 4 Pemain Import Baharu

 In News

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengucapkan selamat datang buat empat pemain import baharu yang sah menyertai Melaka United selepas menandatangani kontrak semusim untuk bersama Skuad Hang Tuah mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2019.

Pagi tadi (Selasa, 22 Januari 2019) bertempat di Seri Negeri, Ayer Keroh telah berlangsung majlis menandatangani pemain-pemain terbabit iaitu bekas import Kedah, Liridon Krasniqi, penyerang dari Brazil, Casagrande, pemain tengah dari Montenegro, Darko Marković serta pertahanan tengah dari Korea Selatan, Jang Suk-Won.

Turut hadir, penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat yang turut menandatangani kontrak sambungan bersama Skuad Hang Tuah musim ini.

Majlis ringkas menandatangani pemain-pemain terbabit disaksikan YAB Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Tn Hj Adly Zahari, Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim.

Hadir sama Naib Presiden, En Mohd Ashiq Abd Samad, Bendahari Kehormat MUSA, Tn Hj Yuhaizad Abdullah serta Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan.

Kesemua pemain berkenaan akan bersama Skuad Hang Tuah bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Selamat maju jaya diucapkan dan semoga kehadiran barisan import baharu ini bakal membawa Melaka United sebagai salah satu pasukan pencabar dalam semua kejuaraan yang disertai musim ini.

#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search