Selamat Datang Davy Claude Angan

 In Liga Super 2019

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengucapkan selamat datang kepada import baharu Melaka United, Davy Claude Angan yang sah menyertai pasukan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Hari ini (Khamis, 23 Mei 2019) beliau menandatangani kontrak bersama Skuad Hang Tuah di Wisma MUSA disaksikan Timbalan Presiden MUSA yang juga Pengurus Pasukan Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Bendahari Kehormat MUSA, Tn Hj Yuhaizad Abdullah serta Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim.

Angan, berusia 32 tahun dari Abidjan, Ivory Coast yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Norway, China dan Turki bakal membuat kemunculan pertama dalam Liga Malaysia bersama Skuad Hang Tuah.

Terdahulu beliau pernah beraksi di liga bolasepak teratas Norway selama 4 tahun bermula 2008 bersama kelab Lyn, Hønefoss dan Molde yang menyaksikan Angan muncul penjaring terbanyak dengan 22 gol sepanjang musim 2012 ketika bersama Molde.

Musim 2013 menyaksikan beliau beraksi di Chinese Super League bersama kelab Hangzhou Greentown selama 3 tahun sebelum menyertai Gaziantepspor beraksi di liga bolasepak teratas Turki, Süper Lig pada musim 2016-2017.

Musim berikutnya beliau menyertai kelab Samsunspor beraksi di Divisyen 2 Turki sebelum beraksi di Liga Perdana Malta bersama kelab Mosta FC.

Semoga dengan kehadiran Angan yang boleh beraksi di posisi sayap dan penyerang diharap bakal memperkuatkan cabaran Melaka United untuk meraih kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super 2019 dan membantu pasukan bersaing dalam Piala Malaysia musim ini.

Sejauh manakah pengalaman yang dimiliki Angan mampu membantu Skuad Hang Tuah musim ini? Sama-samalah kita nantikan.

#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search