Selamat Datang Ke Melaka United

 In MUSA, News, Press Release

Selamat datang diucapkan buat semua pemain tempatan baharu yang menyertai Melaka United bagi musim 2019.

Seramai 13 pemain baharu menyertai Skuad Hang Tuah bagi saingan musim hadapan.

Seperti yang semua penyokong sedia maklum, Melaka United yang kini dibimbing jurulatih Zainal Abidin Hassan berjaya membawa masuk beberapa pemain bintang seperti Safiq Rahim dari pasukan JDT, Shukor Adan dari Felda United, Razman Roslan dari Selangor serta Nazrin Nawi dari Perak.

Selain itu Zainal turut membawa masuk Wan Amirul Afiq dari Felda United, Raimi Md Noor dari Pulau Pinang, Saiful Ridzuwan Selamat dari Selangor serta penjaga gol Oscar Wong Tse Yang dari Hong Kong Rangers.

Lima lagi pemain tempatan baharu yang turut menyertai pasukan termasuk bekas pertahanan Pulau Pinang,Muhamad Zharif Md Desa, pemain M Kavishkumar yang sebelum ini bersama kelab Jepun, Tokai FC, bekas pemain tengah PKNP FC, S Deevan Raj, bekas penyerang Pulau Pinang, Mohammad Nor Ubaidullah Abd Rahman dan bekas penyerang MISC-MIFA, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad.

Semoga dengan barisan pemain baharu serta sokongan padu daripada penyokong Skuad Hang Tuah, Melaka United bakal tampil sebagai antara pasukan yang digeruni lawan serta mampu mencabar kejuaraan di semua pertandingan Liga Malaysia musim depan.

Ayuh penyokong semua teruskan sokongan padu anda buat Melaka United musim depan, jangan terlepas menyaksikan pemain-pemain bintang kita beraksi di stadium, jom kembali menggamatkan Stadium Hang Jebat pada setiap perlawanan membabitkan pasukan kebanggaan kita rakyat negeri Melaka.

#DemiKebanggaanMelaka #MelakaUnited

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search