Skuad Wanita Melaka United Juara Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2019

 In Press Release

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Skuad Wanita Melaka United atas kejayaan menjuarai Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2019 selepas menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi (Ahad, 14 Julai) itu menyaksikan Melaka United bimbingan jurulatih Jamil Hassan menang 3-1 pada penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan.

Penjaga gol Melaka, Nurul Azurin Mazlan muncul wirawati pasukan selepas berjaya menyelamatkan 2 daripada 4 sepakan penalti Kedah.

Piala disampaikan oleh Tn. Hj. Yuhaizad Abdullah mewakili YAB Presiden MUSA dan turut sama dalam sesi penyampaian Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Kemenangan itu sekaligus berjaya menebus semula kehampaan selepas tewas di tangan lawan sama di perlawanan akhir edisi PTSR tahun lalu.

Kejayaan ini adalah kejuaraan pertama bolasepak wanita negara buat Melaka selepas kali terakhir muncul juara bersama Singapura pada 1980.

Tahniah sekali lagi buat pasukan dan pegawai Skuad Wanita Melaka United hasil usaha dan kerja keras sehingga meraih kejayaan yang membanggakan untuk bolasepak Melaka.

#PTSR2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search