Skuad Wanita Melaka United Sekali Lagi Ke Pentas Final

 In Match Report, News

Skuad Wanita Melaka United sekali lagi ke pentas final Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) buat kali ke-2 berturut-turut apabila berjaya melayakkan diri ke Perlawanan Akhir PTSR 2019 selepas menewaskan PDRM 5-1 pada perlawanan Separuh Akhir di Stadium Mini MMU Cyberjaya, petang tadi (Sabtu, 6 Julai).

Gol-gol Melaka dijaringkan Dadree Rofinus dan Jaciah Jumilis masing-masing menyumbang 2 gol dan 1 gol daripada Shereilynn Elly Pius manakala gol tunggal PDRM dijaringkan Lovelytha Jelus.

Hadir sama menyaksikan perlawanan Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim serta Exco MUSA, En Saiful Sapri.

Dengan kejayaan itu, Melaka United kini berpeluang menebus kehampaan musim lalu apabila sekali lagi bakal berdepan juara PTSR 2018, Kedah yang menewaskan Selangor 3-1 dalam satu lagi aksi Separuh Akhir.

Perlawanan Akhir PTSR 2019 akan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada Ahad, 14 Julai.

Tahniah diucapkan buat Skuad Wanita Melaka United, semoga bakal membawa pulang kejayaan membanggakan buat bolasepak negeri Melaka.

#PTSR2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search