Taklimat Pasukan ‘Meet & Greet’ dan Pemeriksaan Venue Liga Malaysia 2019

 In MUSA, News, Press Release

Jumaat, 14 Disember 2018 –  bertempat di Bilik Media MUSA Stadium Hang Jebat telah berlangsung Taklimat Pasukan ‘Meet & Greet’ dan Pemeriksaan Venue Liga Malaysia 2019 oleh pihak Malaysia Football League (MFL).

Taklimat dihadiri warga MUSA bagi penerangan lebih jelas berkaitan pengelolaan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2019 daripada pihak MFL.

Beberapa aspek diberi penerangan antaranya berkaitan Perundangan, Pemasaran, Media, Penyiaran, Pertandingan dan Kewangan.

Pada program itu pihak MFL turut melakukan pemeriksaan di sekitar Stadium Hang Jebat seperti pemeriksaan padang, bilik persalinan pemain, bilik medik serta kemudahan-kemudahan lain.

Taklimat turut dihadiri Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim dan Eksekutif Pertandingan MFL, En Ariff Izuan.

Pihak MUSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MFL atas kesudian untuk ke Melaka bagi penyampaian taklimat penting ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search