Zainal Abidin Hassan Ketua Jurulatih Melaka United yang baharu

 In MUSA, News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengumumkan En Zainal Abidin Hassan secara rasminya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Melaka United yang baharu selepas menandatangani kontrak semusim untuk membimbing Skuad Hang Tuah bagi musim 2019.

Kontrak dimeterai antara pihak MUSA yang diwakili Ketua Menteri merangkap Presiden MUSA, YAB Tn Hj Adly Zahari dan Zainal Abidin di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri Ayer Keroh petang tadi (Rabu, 14 November 2018).

Hadir sama pada majlis ringkas itu, Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung, En Farhan Ibrahim, Bendahari Kehormat, Tn Hj Yuhaizad Abdullah serta Naib Presiden MUSA, En Mohd Ashiq Abd Samad.

Terdahulu Zainal Abidin yang juga bekas pemain bolasepak kebangsaan pernah membimbing beberapa pasukan termasuk Pahang, Shahzan Muda, Selangor dan Pulau Pinang.

Comments
  • Kamarul
    Reply

    Assalammualaikum,

    Kenapa bolasepak Malaysia tidak mengekalkan seorang jurulatih untuk jangka masa yang panjang selepas mendapat kejayaan. Untuk stabiliti dan pembangunan bolasepak yang berpajangan dan mantap untuk jangka yang lama.

    Terima kasih.

    Kamarul.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search