Zainal Abidin tersenarai dalam FIFA Century Club

 In Uncategorized

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada empat lagi legenda bolasepak negara yang telah diisytihar sebagai ahli terbaharu Kelab Abad FIFA (FIFA Century Club) yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas bersama tiga lagi legenda bolasepak negara.

Lebih membanggakan apabila salah seorang daripada mereka adalah Ketua Jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan yang dicatatkan meraih 116 penampilan antarabangsa (kaps) oleh FIFA di samping tiga lagi legenda iaitu Dato’ Soh Chin Ann (195 kaps) yang juga bekas pemain Melaka, mendiang Dato’ M. Chandran (115 kaps) dan Dato’ Santokh Singh (100 kaps).

Nama Zainal Abidin Hassan tidak asing lagi dalam dunia bolasepak Malaysia dan rantau Asia dan telah meraih pelbagai kejuaraan khususnya di peringkat tempatan.

Sepanjang 19 tahun bergelar pemain beliau pernah memenangi Piala Malaysia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1981, 1982, 1986 dan 1997, tiga kali juara liga utama pada 1980, 1989 dan 1990 serta dua Piala FA pada 1991 dan 1997 dengan kesemuanya bersama Selangor.

Di peringkat antarabangsa pula, sepanjang 17 tahun mewakili Malaysia beliau telah beraksi di pelbagai peringkat dan kejohanan seperti Kelayakan Piala Dunia, Kelayakan Piala Asia, Sukan SEA, Pesta Bola Merdeka selain aksi-aksi persahabatan serta banyak lagi.

Terdahulu Dato’ Abdul Shukor Salleh (163 caps), Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari (138 caps) dan mendiang Datuk R. Arumugam (131 caps) menjadi tiga pemain legenda negara yang diberi pengiktirafan menganggotai Kelab Abad FIFA.

Sekalung tahniah Coach Zainal dan kesemua lagenda bolasepak negara di atas pengiktirafan sebagai ahli FIFA Century Club daripada kami di Melaka United FC.

#FIFAcenturyclub

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search